JANGAN TUTUP PINTU SKUAD BAWAH 22


Merujuk Akhbar Metro 25 Julai 2017, Penyerang Muda JDT, Safawi Rashid berharap pintu menyertai skuad Bawah 22 Tahun negara tidak tertutup sekalipun gagal menyahut panggilan Datuk Ong Kim Swee untuk beraksi pertandingan kelayakan Piala Asia B-23 di Bangkok yang berakhir, kelmarin

Safawi 20, berkata dia sudah bersedia untuk memerah keringat bagi mengukuhkan cabaran skuad remaja negara demi memastikan pingat emas bolasepak Sukan SEA Kuala Lumpur bulan depan menjadi milik skuad negara.

Malah pemain yang berasal dari Terengganu itu yakin kelabnya, JDT akan memberi lampu hijau untuk beraksi di Sukan SEA memandangkan temasya dwitahunan itu tidak bertembung dengan liga tempatan

Sumber : AKHBAR HARIAN METRO 25 JULAI

Comments

  1. org lain dah berhempas pulas di bangkok...bos awak tak kasi main, krn kelab awak lebih penting. kalu saya, malu nak minta main balik. bersara je la.

    ReplyDelete

Post a Comment