Merujuk Sumber dari komuniti johor, Juara Piala FA dan Juara piala sumbangsih Kedah bakal melepaskan pemain licik mereka iaitu akhyar rashid dan pemain ini dikaitkan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT).
Selepas berjaya mendapatkan pemain kelantan Ghaddar dengan nilai perpindahan termahal di MALAYSIA ,Kini juara Piala AFC 2015 itu terus 'bernafsu' untuk menghimpunkan pemain terbaik di seluruh negara dengan pemain tengah berusia 22 tahun itu menjadi sasaran mereka pada musim depan
Sumber menyatakan kontrak pemain itu akan tamat pada penghujung musim ini dengan dia (akhyar) dikatakan tidak berminat untuk memperbaharui kontraknya sekali gus memberi gambaran untuk meninggalkan pasukan Hijau kuning.
"dia (akhyar) berkemungkinan tidak mahu memperbaharui kontraknya dan mahu mencari pengalaman baharu di pasukan lain.
"Jadi, Akhyar bebas untuk pergi ke mana-mana pasukan yang mahukan khidmatnya dan pra-perjanjian yang ditandatanganinya adalah sebagai perjanjian awal membolehkan dia bersama pasukan terbabit," katanya.
Jika perpindahan ini menjadi kenyataan, maka Akhyar bakal menjadi pemain paling beruntung oleh kerana JDT berada di landasan tepat untuk layak ke kelayakan Asia Champion League tahun hadapan.
Comments
Post a Comment