BEN10 BAKAL BERHIJRAH MUSIM HADAPAN?
Masa depan Norfarhan Muhammad bersama pasukan Kelantan FA menjadi tanda tanya apabila viral gambar di media sosial pemain ini update kata-kata mengenai perasaan sedih beliau bersama pasukan Kelantan FA.
Hashtag #lastparttrw antara mencuri perhatian para penyokong kelantan seolah-olah pemain ini memberi petanda bahawa tahun ini adalah merupakan tahun terakhir beliau bersama Kelantan FA.
Kurang diberikan kepercayaan dan jarang diturunkan dalam perlawanan dan masalah pengurusan mungkin antara punca pemain berhasrat mahu meninggalkan pasukan Kelantan pada musim hadapan, Namun ia masih menjadi teka-teki.
Adakah ini petanda Norfarhan Muhammad mahu berhijrah pada musim hadapan?
Comments
Post a Comment