Pahang bantu JDT juara Liga Super -- Safiq Rahim

Kapten Johor Darul Ta’zim (JDT), Safiq Rahim, terpaksa menerima hakikat pengesahan awal pasukannya muncul juara Liga Super, kelmarin, turut dibantu oleh kejayaan Pahang mengatasi Kedah 2-1 di Kuantan.

Tidak hairanlah pengesahan kejuaraan Liga Super 2017 kelmarin  tidak disambut meriah dengan pemain JDT lebih terkilan dengan kegagalan mereka mencuri sebarang mata ke atas Selangor.

Tegas Safiq, sebagai pemain profesional, kemenangan dalam perlawanan begitu penting, namun kegagalan mengutip tiga mata di Selayang seakan-akan merencatkan kejayaan muncul juara liga musim ini.

"Mungkin agak kecewa kerana untuk meraikan gelaran Liga Super, kami mengakui gagal memberikan yang terbaik tetapi kami perlu meneruskan persembahan yang cemerlang dalam perlawanan akan datang," katanya.

Pahang merupakan seteru utama JDT satu ketika dulu dan buat musim ini, mereka dilihat membantu JDT meraih kejuaraan awal selepas mengatasi Kedah 2-1 di Stadium Darulmakmur.

"Bagaimanapun, kami perlu akur Pahang berjaya mengatasi Kedah di Kuantan tetapi perkara yang paling penting adalah kami menyedari kemampuan yang dimiliki oleh JDT," tambah Safiq.

                                  
Sumber astro arena

Comments