Respon Dato VIda Mengenai Lamaran Abdul Rani Kulup, Dato Vida Dedahkan Ciri-Ciri Mengejutkan Lelaki Idaman DSV
Kebelakangan ini, dunia hiburan dihangatkan dengan cerita Datuk Vida mencari pasangan hidup. Oleh itu, berduyun lelaki diluar yang mahu mencuba nasib menjadi suami kepada Datuk Vida atau nama sebenarnya, Datuk Seri Hasmiza Othman.
Pelantun lagu I Am Me ini mendakwa dirinya menerima hampir 50 emel "resume" daripada para lelaki yang mempunyai niat untuk memperisterikannya termasuk jejaka daripada Finland dan Scotland.
Tidak terlepas juga cerita mengenai Abdul Rani Kulup Abdullah, presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah yang turut melamar Datuk Vida untuk menjadi isterinya selepas peguam Siti Kasim tidak memberikan jawapan lamarannya.
“Ayah boleh menjadi suami yang baik. Isteri-isteri ayah ‘steady’,” kata Rani seperti dilaporkan Sinar Online.
Selepas tiga kali gagal dalam perkahwinan, usahawan ternama ini menetapkan beberapa syarat untuk menjadi calon suaminya.
Datuk Vida sebelum ini berkata mahu mencari calon suami kaya, bermata kelabu dan suka membeli belah.
Menurut Datuk Vida, berkata presiden Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibah itu tiada ciri-ciri lelaki pilihannya malah mengingatkan Rani agar tidak mencari publisiti murahan.
“Jangan cari publisiti murahan. Bawa kepada saya lelaki yang kaya, mata kelabu, muda dan kacak.
“Seseorang yang boleh majukan perniagaan saya ke arah trilion ringgit. Itu baru boleh,” katanya kepada ProjekMMO.
Datuk Seri Hasmiza Othman menolak ‘lamaran’ Abdul Rani Kulup Abdullah untuk menjadikannya sebagai isteri.
“Dia kenalah ada karakter yang saya mahukan iaitu bermata kelabu tapi ada ke calon-calon seperti itu?
“Dia juga kenalah terima diri saya seadanya. Lelaki mana yang sanggup
terima kalau sekali shopping (beli belah) saya borong 14 handbag (beg
tangan) terus? Pengsan lelaki tu,” akhirnya.
Sumber - The Malay Mail Online
Comments
Post a Comment