VIDEO : Aliff akui 'bukan atas urusan kerja'. Selanjutnya Pengakuan Sebenar Aliff Aziz [METROTV]


PELAKON Aliff Aziz mengaku dia keluar berdua dengan Affifah Nasir ke pusat karaoke di Cheras, Kuala Lumpur, Khamis lalu dan ia bukan atas urusan kerja seperti didakwa.
Aliff, 26, berkata, dia berani mengakui perkara itu kerana dia dan Afifah yang juga pelakon tahu apa yang berlaku di antara mereka berdua.


Sehubungan itu, Aliff turut mengakui kesalahannya terhadap isteri, Bella Astillah, 23, termasuk mengasari isterinya itu di pusat karaoke berkenaan.
"Saya juga tak menyalahkan isteri atas tindakannya membuat laporan polis. Apa saya boleh katakan, jika saya berani mengakui perkara ini, Afifah juga perlu berani berbuat sedemikian bagi menamatkan segala spekulasi orang luar. Lagipun dia juga tahu apa yang berlaku antara kami. Orang kata, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi.
"Cuma terpulang sama ada dia nak membuat kenyataan atau tidak. Saya tak mahu memaksanya," katanya.
Aliff dan Bella ditemui pada sidang media di Shah Alam hari ini bagi menjelaskan perkara sebenar kemelut rumah tangga mereka.
Pada sidang media itu, Aliff turut menafikan dia memukul dan membelasah isterinya seperti yang tular di Internet.
Sementara itu, Bella atau nama sebenarnya Dayang Nabellah Awang Astillah mengakui sudah menarik semula laporan polis yang dibuat ke atas suaminya Sabtu lalu.
"Saya tarik semula laporan kerana memikirkan rumah tangga dan anak. Saya buat laporan bukan ingin mendedahkan sikap buruk suami, sebaliknya mahu masyarakat tahu wujud orang ketiga dalam rumah tangga kami," katanya.
Ditanya adakah dia memaafkan Afifah atas apa yang berlaku, Bella enggan memberi sebarang komen sebaliknya membiarkan waktu yang menentukan segalanya.
Harian Metro hari ini melaporkan Aliff dan Bella sudah berdamai selepas penyanyi berasal dari Singapura itu memohon maaf kepada isterinya sebaik sahaja dibebaskan pagi Sabtu lalu.

Sumber : METRO TV

Comments